BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 25, 2010

k e s e p i a n < k o a l a N h y p p o>


..akudalamkesunyian..


Saat kita berpisah.. seakan sebuah cerita dongeng silam yang tak dapat diterima..
dengan hanya tinta bersulam keramat itu.. semudah kau melebarkan janji dan
semudah itu juga kau memusnahkannya.. di saat kau menyulam kasih baru..
di saat itulah air mata ini terus mengalir.. namun aku perlu meneruskan hidup ini
walau tanpa bersamamu kerana aku masih dibawah lindungan Yang Maha Esa..

aku percaya ini ketentuan-Nya dan aku sebagai hamba-Nya perlu menerima
dengan hati yang terbuka.. mungkin Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik
untuk ku.. Dia Maha Mengetahui akan segala nya.. aku sedar, aku tak mampu melawan
takdir-Nya.. ini ujian dari-Nya dan Dia tidak akan menguji hamba-Nya melebihi
kemampuan hamba-Nya itu.. aku menerima ujian ini.. dan aku bersyukur.. kerana
aku adalah hamba-Nya yang terpilih untuk menerima ujian ini..

aku hanya mampu mendoakan agar kau lebih bahgia disamping insan yang
kau syangi itu..

aku bukanlah yang terbaik seperti yang kau mahukan.. dan aku sedar..aku bukanlah
insan yang kau sayangi.. aku hanyalah seorang insan yang mencintai mu sepenuh hati ku..
tiada apa yang ku minta, yang ku harap agar kau dpat mencintai ku sebagaimana aku mencintai mu..

tapi..itu dulu.. kini.. kau sedang bahgia.. aku berjanji.. tidak akan sekalipun menganggumu lagi..
pergilah kau jauh dari ku.. pergilah mana kau nk pergi.. aku takkan kejar kau lagi..
jangan kau kembali dalam hidup ku lagi.. biarkan ku sendiri.. aku hanya ingin melihat kau bahgia..
walaupun diriku menderita..

dan walaupun bukan dengan ku.. tetapi bersama insan yang dapat membahgiakan kau..
tanam lah janji-janji kita dahulu bersama-sama kenangan yang bermakna bagiku..
tatkala kau teringat padaku.. mudahkan lah dirimu untuk melupakan diriku.. aku tahu..
sungguh mudah bagi kau untuk melupakan ku.. jika benar dari dulu kau membenci diriku..
kenapa tidak dari dulu saja kau berterus-terang padaku.. kenapa mesti pada saat aku
benar-benar memerlukan kau..pada saat itulah kau pergi meninggalkan ku..

hidup perlu diteruskan walau berat kaki melangkah.. tapi..akan ku gagahi jua..
aku akan cuba hidup tanpamu.. dan aku akan cuba bina hidup baru.. dan jika ku diberi
sebuah permintaan pada masa ini.. aku cuma mengharapkan dapat menghapuskan memori
ketika bersama mu.. dan memori mengenali mu...

selamat tinggal.. maaf kan segala tingkah laku ku terhadap mu selama ini.. aku akan sentiasa
berdoa agar kau dilindungi-Nya dari segalanya.. dan agar kau berjaya dlam kehidupan mu..

-SELAMAT TINGGAL KOALA-


2 comments: